Wednesday, May 18, 2011

langkah pertama : android



Android adalah sistem operasi untuk telefon bimbit yang berasaskan Linux. Androidmenyediakan platform terbuka bagi para pembangun mencipta aplikasi mereka sendiriuntuk digunakan oleh pelbagai peranti bergerak.  



Pada mulanya, Google Inc. membeli Android Inc., pendatang baru yang membuat perisianuntuk telefon. Kemudianuntuk mengembangkan Android,  Open Handset Alliancedibentuk, konsortium dari 34 syarikat perkakasan, perisian, dan telekomunikasi, termasukGoogle, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.

 
Pada saat pelepasan perdana Android, 5 November 2007, Android bersama Open HandsetAlliance menyatakan menyokong pembangunan standard terbuka pada peranti bimbit.Google melepaskan kod-kod Android di bawah lesen Apache, sebuah lesen perisian danstandard terbuka peranti bimbit.
 
Di dunia ini terdapat dua jenis pengedar sistem operasi Android. Pertama yang mendapatsokongan penuh daripada Google atau Google Mail Services (GMS) dan kedua adalah yangbenar-benar bebas distribusinya tanpa sokongan langsung Google atau dikenali sebagaiOpen Handset Distribution (OHD)


Bersambung...

Sumber daripada: http://id.wikipedia.org/wiki/Android_(sistem_operasi)
disunting daripada http://malaysiandroid.blogspot.com/2011/03/android-pengenalan-siri-1.html

No comments: